Tidak lama lagi, seluruh umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan dimana diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan. Disamping menjalani ibadat agama yang telah diwajibkan itu, pastinya dalam masa yang sama kita tidak terlepas untuk membuat pelbagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di pagi 1 Syawal.

Bila bercakap pasal raya, mesti perkara yang pertama terlintas di kepala adalah ‘baju raya’. Betul tak? hehe.. Tapi bagaimana pula dengan tudung? Bagi saya, ini yang majoriti wanita diluar sana terlepas pandang.

Sama seperti baju, nak pilih dan beli tudung pun ada tip-tips nya yang tertentu tau. Bukan apa, ini supaya tudung yang dibeli tu sesuai dan padan dengan sebarang baju atau gaya yang nak kita tampilkan nanti. Tapi yang lebih penting, tips ini membantu kita untuk lebih berjimat. 🙂

 

Jadi anda boleh lah cuba antara 6 tips dibawah ni ye ;

.

  1. Paling penting adalah untuk memilih fabrik yang bersesuaian dan mudah menyerap peluh seperti kain kapas.
  2. Elakkan daripada memakai tudung sedondon dengan warna baju.
  3. Jika nak pilih tudung yang ada corak bunga besar, lebih baik padankan dengan baju yang bewarna garang dan polos.
  4. Sebolehnya elakkan memakai tudung yang bewarna gelap dan kusam sebab ia akan menampakkan imej remaja anda menjadi lebih berumur.
  5. Menggayakan tudung kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, biru, kuning pula pasti akan menampakkan diri anda seorang yang ceria, lembut dan berkeyakinan tinggi.
  6. Akhir sekali, jangan lupa untuk menambah aksesori seperti kerongsang & pin yang sesuai supaya tudung yang digayakan nampak lebih kemas dan cantik.

Setakat ini saja perkongsian kali ini. InsyaAllah kita jumpa dalam artikel yang lain pula ya. 🙂

Opss.. Nanti Dulu! Kami Ada SPECIAL OFFER Untuk Anda

Daftar sebagai #Tudungs Club dan dapatkan CASH VOUCHER, update design & promosi terbaru terus ke email anda secara PERCUMA!

Hanya dengan cara masukkan NAMA & EMAIL dibawah ;

Tahniah kerana mendaftar! Sila check inbox email untuk pengesahan. :)