Memakai tudung yang bersesuaian dengan kulit wajah adalah sesuai yang penting. Ianya mampu mempengaruhi penampilan diri serta gaya seseorang wanita.
.
Tidak dinafikan, majoriti wanita mesti mengambil masa yang agak lama tiap kali untuk memilih tudung mana yang sesuai untuk dipakai. Malah semasa di kedai pun, mesti pening untuk fikir dan beli tudung yang macam mana agar bersesuaian dengan warna kulit dan wajah.
.
Kalau tersilap pilih, alamatnya tudung tu memang buat koleksi simpan dalam almari jela jawabnya. Nak dipakai, serba tak kena. Itu yang selalu mengeluh “Ishhhh.. takde tudung yg sesuai laa nak pakai. Kena beli yg baru nie..” hehehee.. :p
.
Jadi untuk elakkan tersalah pilih dan beli tudung lagi, suka untuk saya kongsikan dalam artikel ini sedikit tips
“Bagaimana Untuk Memilih Tudung Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Wajah”.
.

 
.

1) Kulit Putih / Cerah

Bagi wanita kulit wajahnya putih dan cerah, seeloknya pilihlah tudung yang berwarna ‘garang’ seperti merah, biru, hitam atau unggu. Sekiranya menggayakan tudung berwarna putih, kuning & warna pastel (warna pucat dan lembut), anda akan kelihatan pucat dan tak bermaya.

2) Kulit Kuning Langsat

Kalau kulit anda jenis ini, sebaiknya pilih tudung yang berwarna biru, merah & merah jambu. Elakkan memakai warna-warna seperti oren, karamel & coklat kerana ia boleh buat kulit wajah anda kelihatan pucat.

3) Kulit Gelap / Hitam Manis

Pilih warna yang neutral ataupun lembut sebab ianya akan menampakkan kulit yang gelap itu lebih cerah. Contoh warna yang sesuai adalah warna emas, perak, lavender & warna pastel (pucat dan lembut).

Tapi ingat! Jangan pakai tudung yang berwarna gelap seperti hitam, coklat dan jingga sebab itu akan membuat kulit kelihatan lebih gelap.

4) Kulit Sawo Matang

Selalunya, untuk wanita yang mempunyai warna kulit wajah jenis ini, warna tudung yang paling sesuai  ialah merah maroon, pastel (warna pucat dan lembut), biru tua, unggu, putih gading (putih kekuning-kuningan) dan hitam.

Manakala, elakkan warna hijau, kuning, kelabu, coklat tua dan merah sebab ianya adalah warna yang paling tak sesuai untuk kulit sawo matang.

** Diharap perkongsian saya dalam artikel ini memberi sedikit sebanyak manfaat untuk anda para wanita diluar sana semasa hendak memilih dan membeli tudung. Perkongsian artikel ini juga bukanlah 100% kena dengan semua orang. Terpulang kepada anda semua untuk bersetuju atau tidak. Setiap makhluk ciptaan Allah S.W.T itu pasti mempunyai kecantikkan nya yang tersendiri. 🙂

Opss.. Nanti Dulu! Kami Ada SPECIAL OFFER Untuk Anda

Daftar sebagai #Tudungs Club dan dapatkan CASH VOUCHER, update design & promosi terbaru terus ke email anda secara PERCUMA!

Hanya dengan cara masukkan NAMA & EMAIL dibawah ;

Tahniah kerana mendaftar! Sila check inbox email untuk pengesahan. :)